Sunday 10 January 2021

Ini situasi kelak berlaku di akhirat..

 


Jika anda tidak sudi memaafkan kesalahan seseorang yang bersalah kepada anda masa hidup di dunia dulu..anda boleh mengambil pahala kebaikannya menjadi milik anda..( dan jika tidak memadai anda boleh melonggokkan dosa anda atas pundaknya..)

...namun jika anda memaafkannya maka anda akan mendapat ganjaran anda daripada Allah Yang Maha Pemurah..

Firman Allah di dalam al-quran bererti(..maka sesiapa yang memaafkan dan memperelokkan keadaan serta mengutamakan perdamaian maka ganjaran Allah selayak untuknya...)

Maka - untuk kita fikirkan bersama - yang mana satu lebih utama dan lebih hebat..?

Apabila sahaja Allah mahukan sesuatu itu berlaku....

 Apabila sahaja Allah mahukan sesuatu itu berlaku..


.....maka terbatal termansuhlah ketika itu peraturan dan hukum alam yang biasa terjadi...lautan luas tidak pun menenggelam dan melemaskan(merujuk kisah Nabi Musa dan para pengikut menyeberang Laut Merah melarikan diri daripada Fir'aun),api jua tidak membakar dan menghanguskan(merujuk Nabi Ibrahim yang dibakar dalam ungunan api raksaksa oleh Namrud),bukit dan gunung tidak mampu menyelamatkan dari bencana bah(merujuk kepada kaum Nabi Nuh yang cuba berlindung daripada banjir sebagai hukuman atas kedegilan dan kekufuran mereka),ikan paus juga tidak memamah dan mengunyah mangsanya(merujuk kisah Nabi Yunus yang berada di dalam perut ikan sekian lama-mengikut riwayat 40 hari),si gadis belum berkahwin dan melakukan mungkar melahirkan bayi(merujuk Maryam ibu Nabi Isa)..

justeru jangan sekali mengatakan mustahil..jika Allah inginkan berlaku..maka berlakulah ia...

Sesuatu yang menakutkan bukannya sekadar tersebar virus..

 


Sesuatu yang menakutkan bukannya sekadar tersebar virus..bukan juga merujuk bilangan mangsa yang dijangkiti dan jumlah angka kematian..namun sesungguhnya sesuatu yang menakutkan kita ialah bahawa mereka yang berdosa tidak jua mahu bertaubat..dan tidak jua mereka yang meninggalkan solat kembali menunaikannya...tidak juga mereka yang memakan yang haram memulangkan semula kepada yang berhak..tidak juga mereka yang memutuskan silaturrahim menyambungnya semula..dan tidak juga mereka yang bertelagah kembali berdamai..

Sesuatu yang menakutkan ialah membiasakan melakukan larangan Allah..dan lalai untuk kembali kepada Allah biarpun kita semua diuji diberi musibah sebegini hebat serta diperingat sedemikian rupa....

Wahai Tuhan janganlah jadikan kami semua di kalangan mereka yang alpa dan cuai...

Tuesday 5 January 2021

Kebaikan Yang Kecil

 


Hanya kerana anda tidak pun mengetahui kebaikan yang mana satukah yang memungkinkan anda memasuki syurga Allah..maka lakukanlah kebaikan dan pahala sama ada sedikit mahupun banyak..janganlah mengatakan bahawa ini adalah kebaikan dan pahala yang sedikit,tidak ada nilainya...maka kemungkinan berlaku pada kebaikan dan pahala yang anda katakan sedikit kecil tidak bernilai itu..di situlah terletaknya redha Allah..justeru Allah menerima seadanya lalu menyuburkan dan mengembangkannya bagi anda..dan dengannya jugalah anda berjaya masuk ke syurga...

Justeru: janganlah memandang kecil dan hina kepada kebaikan dan ketaatan kalaupun anda rasa ianya kecil dan sedikit..sepertimana jua jangan memandang kecil dan remeh sebarang dosa dan maksiat...yang pada pandangan anda remeh sahaja...

Monday 4 January 2021

Setahun Telah Berlalu Pergi ....(2020 - 2021)

 


Tiada apa bagi kami wahai Tuhan kami melainkan harapan kebaikan untuk kami dariMu...

Kami tidak jua mengetahui adakah Engkau telah meredai kami pada tahun ini..atau pun Engkau murka akan kami atas apa yang kami perlakukan.. Tidak jua kami ketahui apakah amalan kami Engkau terima atau Engkau pulangkan semula ke atas kami...

Tidak jua kami ketahui apakah Engkau beratkan pahala kebaikan kami atau Engkau beratkan dosa keburukan kami sepanjang tahun ini..

Dan tahun yang akan datang kepada kami..tidak jua kami ketahui apakah takdir ketentuan yang telah Engkau tetapkan buat kami..

Tuhan kami terimalah amalan kebaikan yang kami kerjakan sepanjang tahun yang telah berlalu  ini..dan rahmatilah atas segala kelemahan kami dan cukupkanlah dan baikilah segala kecuaian kelemahan serta kekurangan kami..

Dan jadikanlah tahun mendatang tahun yang penuh kebaikan buat kami..dan sempurnakanlah segala kebaikan untuk segala amalan pekerjaan kami..

Sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha pemurah maha pengasih serta maha mulia..

Saturday 26 December 2020

Kehalusan & Ketelitian Qurani

 



Kalimah(ثقيلا)kalau diertikan dalam bahasa Melayu berat atau sukar dan seumpamanya.. hanya 2 kali sahaja muncul di dalam mushaf quran..

1: surah al-Insan ayat 27 bermaksud ( sesungguhnya mereka itu mengasihi kehidupan dan ni'mat dunia yang segera hilang dan habis..dan membiar melupakan hari yang berat dan sukar iaitu hari akhirat  yang pasti ditemui kelak..)

hari yang berat dan sukar itulah hari akhirat...

2: surah al-Muzammil ayat 5 bermaksud (sesungguhnya kami(Allah) akan menurunkan kepadamu wahai Muhammad perkataan yang berat dan sukar ( bagi mereka yang mengingkarinya )

perkataan yang berat dan sukar bermaksud al-quran..

Maka disimpulkan bahawa sesiapa yang ingin berjaya daripada musibah dan huru hara hari yang berat(akhirat) maka hendaklah dia berpegang dengan parkataan yang berat(quran)...

Monday 14 December 2020

Ni'mat Paling Bernilai Di Dunia:

 


Nabi Ibrahim عليه السلام menginginkan agar ayahanda Baginda memeluk Islam...

Nabi Nuh عليه السلام juga bercita-cita agar anak lelakinya menjadi pengikut Baginda menjadi seorang muslim..

Baginda Nabi Muhammadصلى الله عليه وسلم juga mengharapkan agar ayah saudara Baginda (Abu Talib) menganuti ajaran Baginda menjadi seorang muslim..

...namun semua keinginan para Rasul berkenaan tidak ditunaikan Allah...

..sedangkan Allah menjadikan diriku dan anda sekalian sebagai golongan muslim tanpa pun kita pinta..Dia menganugerahkan kita sesuatu yang tidak diberikan kepada  Nabi Ibrahim supaya berlaku pada ayah Baginda... sesuatu yang dipinta oleh Nabi Nuh supaya berlaku pada anak lelaki Baginda...sesuatu yang diinginkan oleh Nabi Muhammad supaya berlaku pada ayah saudara Baginda paling berjasa...!!

Firman Allah bermaksud:(Sesungguhnya Allah memberikan kelebihan keutamaan dan ni'mat kepada umat manusia namun kebanyakan mereka tidak pun bersyukur atas segala kelebihan tersebut..)

الحمد لله على نعمة الإيمان والإسلام...

Ini situasi kelak berlaku di akhirat..

  Jika anda tidak sudi memaafkan kesalahan seseorang yang bersalah kepada anda masa hidup di dunia dulu..anda boleh mengambil pahala kebaika...