Saturday, 26 December 2020

Kehalusan & Ketelitian Qurani

 



Kalimah(ثقيلا)kalau diertikan dalam bahasa Melayu berat atau sukar dan seumpamanya.. hanya 2 kali sahaja muncul di dalam mushaf quran..

1: surah al-Insan ayat 27 bermaksud ( sesungguhnya mereka itu mengasihi kehidupan dan ni'mat dunia yang segera hilang dan habis..dan membiar melupakan hari yang berat dan sukar iaitu hari akhirat  yang pasti ditemui kelak..)

hari yang berat dan sukar itulah hari akhirat...

2: surah al-Muzammil ayat 5 bermaksud (sesungguhnya kami(Allah) akan menurunkan kepadamu wahai Muhammad perkataan yang berat dan sukar ( bagi mereka yang mengingkarinya )

perkataan yang berat dan sukar bermaksud al-quran..

Maka disimpulkan bahawa sesiapa yang ingin berjaya daripada musibah dan huru hara hari yang berat(akhirat) maka hendaklah dia berpegang dengan parkataan yang berat(quran)...

Monday, 14 December 2020

Ni'mat Paling Bernilai Di Dunia:

 


Nabi Ibrahim عليه السلام menginginkan agar ayahanda Baginda memeluk Islam...

Nabi Nuh عليه السلام juga bercita-cita agar anak lelakinya menjadi pengikut Baginda menjadi seorang muslim..

Baginda Nabi Muhammadصلى الله عليه وسلم juga mengharapkan agar ayah saudara Baginda (Abu Talib) menganuti ajaran Baginda menjadi seorang muslim..

...namun semua keinginan para Rasul berkenaan tidak ditunaikan Allah...

..sedangkan Allah menjadikan diriku dan anda sekalian sebagai golongan muslim tanpa pun kita pinta..Dia menganugerahkan kita sesuatu yang tidak diberikan kepada  Nabi Ibrahim supaya berlaku pada ayah Baginda... sesuatu yang dipinta oleh Nabi Nuh supaya berlaku pada anak lelaki Baginda...sesuatu yang diinginkan oleh Nabi Muhammad supaya berlaku pada ayah saudara Baginda paling berjasa...!!

Firman Allah bermaksud:(Sesungguhnya Allah memberikan kelebihan keutamaan dan ni'mat kepada umat manusia namun kebanyakan mereka tidak pun bersyukur atas segala kelebihan tersebut..)

الحمد لله على نعمة الإيمان والإسلام...

Allah swt mengumpamakan kehidupan di dunia dengan air...

 

Mengapa Allah swt mengumpamakan kehidupan di dunia dengan air yang diturunkan dari langit?

1. Air tidak tetap pada suatu tempat, begitulah juga dunia tidak kekal pada satu keadaan.

2. Air pergi mengalir kehabisan dan tidak kekal, begitulah juga dunia pasti akan musnah juga tidak akan kekal.

3. Air, seseorang yang masuk ke dalamnya pasti akan basah.. begitu juga dunia, seseorang itu pasti tidak akan selamat dengan fitnah serta keburukannya.

4. Air, dengan kadar yang berpatutan akan memberi manfaat dan menumbuhkan kehidupan. Tetapi jika melampaui kadarnya akan memudarat dan memusnahkan.  Begitu juga dunia, ambil seadanya nescaya bermanfaaat.. berlebihan padanya juga akan memudaratkan.

- Al-Imam Al-Tabori

Sunday, 6 December 2020

Demi Allah yang tiada tuhan layak dan berhak disembah melainkan Dia...


 

Demi Allah yang tiada tuhan layak dan berhak disembah melainkan Dia...

Apabila anda beristiqamah pada jalanNya...menjaga anggota badan anda..

mengawal perasaan dan hati nurani anda.. anda  tetap mendirikan solat malam dan siang..menyekat pandangan mata daripada apa yang diharamkan Allah..bahkan sentiasa mencari yang halal..bersiap siaga untuk berkorban apa sahaja yang anda miliki semata-mata mencapai keredhaan Allah 'azza wa jalla..

...Maka saya berani mengatakan kepada anda dalam keadaan yakin dengan apa yang saya ucapkan..seperti mana keyakinan saya bahawa ini semua umpama sinaran cahaya mentari di siang hari..dan juga seperti cahaya sinaran bulan di kepekatan gelap malam..bahawa ( Allah subhanahu wa ta'aala akan memberikan taufiqNya..akan mengangkat darjat anda..akan memuliakan anda..akan memberikan kurniaanNya..akan mengurniakan rezekiNya kepada anda..akan memberikan ketenangan kepada anda di sisiNya..demi Allah..) jangan anda resah gelisah..

Sebesar-besar keluhan penyesalan

 


Di antara sebesar-besar keluhan penyesalan pada hari kiamat kelak ialah anda melihat pahala ketaatan anda diletakkan atas neraca kebaikan orang lain...

Wahai Allah peliharalah lidah-lidah kami daripada mengumpat dan mengadu domba...

KALIMAT MENARIK

 


KALIMAT MENARIK


Engkau berinteraksilah dengan qadar Allah itu dengan redha...engkau berinteraksilah dengan manusia dengan waspada...engkau berinteraksilah dengan keluargamu dengan lemah lembut...engkau berinteraksilah dengan saudara rakan taulanmu dengan toleransi...engkau berinteraksilah dengan masa dan ketika dengan menanti setiap detik perubahan...Perkara-perkara inilah yang menjadikan dirimu menerima apa jua situasi kehidupan..

Di sana ada mereka yang mencurahkan kasih sayangnya kepada dirimu sedangkan engkau tidak pernah  berikan mereka apa-apa pun...dan di sana jua ada mereka yang mendatangkan kesakitan penderitaan kepadamu sedangkan engkau mencurahkan dan berkorban kepada mereka segalanya...

Berkata Yahya bin Mu'az:" Dunia ini sebenarnya pada sisi Allah tidak ada nilai dan harganya..sedangkan Allah memilikinya...bagaimana mungkin pula dunia itu bernilai dan berharga pada sisimu..walhal engkau tidak pun memilikinya.."

Kuasa Doa Yang Ikhlas

 

Kuasa Doa Yang Ikhlas

Setelah Islam menebarkan sayap kekuasaannya di Makkah selepas peristiwa Pembukaan Kota Makkah, suatu masa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah menyenaraikan 4 nama yang mana jika ditemui orang muslim dihalalkan darah mereka lantaran kedahsyatan perseteruan dan penentangan mereka terhadap Islam dan para muslimin..hatta kalau pun mereka menyorok di sebalik kelambu Ka'bah.Di antara mereka seorang bernama Ikrimah bin Abu Jahal...ye anak kepada Abu Jahal yang telah pun dibunuh dalam peperangan sebelum ini.

Menyedari namanya tersenarai di antara yang halal darahnya..Ikrimah ketakutan dan berusaha melarikan diri dengan menaiki sebuah kapal untuk belayar jauh daripada Nabi dan orang muslimin.Beliau sangat sedar dan faham ketaatan orang muslim terhadap setiap lafaz dan patah perkataan yang keluar daripada mulut nabi. Semasa pelayaran takdir Allah datang ribut kencang disusuli ombak bergelombang..maka semua penumpang kapal ketakutan termasuk Ikrimah..masing-masing berdoa.Ikrimah yang masih kafir musyrik juga berdoa kepada Allah dan berjanji jika dia dan kapal selamat dari bencana karam dan lemas di laut dia akan meletakkan tangannya ke atas tangan Nabi berbai'ah berjanji setia kepada baginda untuk memeluk Islam.Maka dengan takdir Allah jua ribut berhenti dan kapal selamat..lalu Ikrimah menghala ke Madinah mencari nabi dan melaksanakan janjinya kepada Allah.Maka dia dengan penuh keikhlasan melafazkan syahadah dan muncul selepas itu sebagai pembela Islam menjadi pelindung Islam mengharungi siri peperangan sebagai di antara panglima tentera muslimin terbilang.

Apa yang ingin difokus dikupas di sini bahawa kuasa keikhlasan doa..hatta walaupun daripada mereka yang kafir musyrik pun Allah kabulkan...apatah lagi kita sebagai mereka yang dari lahir sebagai ibadullah...kenapa kita memandang sepi hal ini..kenapa kita tidak mengambil peluang untuk memanjatkan doa kepada Allah dengan penuh keikhlasan...walhal doa ini sebenarnya senjata ampuh umat Islam digeruni musuh dan petualang...

Kita tanyakan diri masing-masing sebanyak manakah air mata kita tumpah semata-mata kerana kita berdoa kepada Allah..dibandingkan dengan deraian air mata yang tumpah dek filem-filem rekaan manusia..

Semasa musim kita dilanda pandemik covid 19 ini..sama-samalah kita menadah tangan kepada Allah memohon perlindunganNya terus..jangan 'diswastakan' doa ini..doa ini bukan ekslusif kepada para lebai..para imam para ustaz..doa adalah sesuatu yang kita semua boleh lakukan..dan Allah sangat suka mereka yang sentiasa meminta-minta dariNya...

Moga dengan kejituan doa kita semua dengan keikhlasan dan ketulusan hati kita..di samping kepatuhan kepada setiap SOP dan peraturan diwujudkan kerajaan dan pihak penguasa..moga-moga covid 19 segera berlalu pergi...in sya Allah..

Dia mampu berkuasa merealisasikan kehendakmu...

 


Jika Allah inginkan nescaya Dia mampu berkuasa merealisasikan kehendakmu dalam sekelip mata cuma..Dia tidak tersembunyi daripadaNya deraian airmata pengharapanmu..juga daripada keluhan suara dukalaramu..

Dia tidak lemah bagiNya untuk memperbaiki keadaanmu juga zat fizikalmu..namun Dia suka dan kasih akan golongan yang sentiasa memohon merayu dariNya... 

Mafhum firmanNya di dalam al-Quran..( Sesungguhnya Aku(Allah) memberi balasan baik kepada mereka pada hari ini lantaran mereka bersabar dulu..)

Allah tidak berfirman..

" lantaran mereka solat dulu.."

atau " lantaran mereka berpuasa dulu.."

atau " lantaran mereka bersedekah dulu.."

bahkan Allah berfirman " lantaran mereka bersabar dulu.."

kerana..sabar itu suatu ibadat yang mampu engkau laksanakan jua walhal engkau terlantar menderita kesakitan..


- Sheikh Dr. Ahmad Isa al-Ma'asrawi -

Anda duduk untuk membaca al-Qur'anul kareem

 


Bahawa anda duduk untuk membaca al-Qur'anul kareem..atau mengangkat mushaf yang mulia untuk anda menghafaz ayat-ayatnya yang baru..atau anda membaca wirid..atau pun anda mengulangi memperbaharu semula ayat-ayat hafazan anda..ini semua bukannya semudah begitu sahaja..sesungguhnya ia adalah taufiq dari Allah Ta'ala..tidak akan mampu mengekalinya dan melaziminya melainkan mereka yang muwaffaq..iaitu yang dikurniakan taufiq...

Sesungguhnya Qur'an itu kalam Allah yang Dia pilihnya untuk dibaca dihayati kepada mereka yang Dia kehendaki...seperti mafhum al-Qur'an ( kemudian Kami iaitu Allah Ta'ala wariskan al-Kitab/al-Qur'an kepada mereka yang Kami pilih di kalangan hamba-hamba Kami...)

Justeru ingatkanlah...sedarilah itu semua adalah "suatu pilihan rabbani" lalu bersegeralah berlumbalah untuk membaca al-Quran menghayati dan menghafaznya...


-Sheikh Dr. Ahmad Isa al-Ma'asrawi

Satu Hukuman??

 


Satu Hukuman??

Di dalam al-quran disebut cerita pada zaman Nabi Musa عليه السلام seorang bernama Samiri telah menyesatkan para pengikut Nabi Musa dengan mendatangkan seekor lembu dan menggoda mereka sehingga ramai terpedaya menganggap lembu itu sebagai tuhan dan perlu disembah..maka sekembalinya Nabi Musa maka Samiri dihukumkan ' laa misaas' bermakna kamu tidak boleh menyentuh saya..sebagai hukuman Samiri yang mencipta lembu bagi Bani Israel untuk disembah..lantaran itu kulit Samiri berubah menjadi panas meruap sehingga tidak mampu disentuh sesiapa sehinggalah Samiri didatangi maut..

Dan kita hari ni tidak boleh menyentuh di antara kita disebabkan virus Corona...satu persoalan adakah ini hukuman dan balasan kita kerana jauhnya kita daripada Allah??Jika jawapan pada pandangan anda adalah "Ya" maka samalah kita kembali kepadaNya..Dialah tuhan maha pengampun maha pemurah maha pengasih...


credit Sheikh Dr.Muhammad Mahmoud Ghareez

Nabi Musa عليه السلام semasa bayi

 


Nabi Musa عليه السلام semasa bayi dalam masa menyusu (sewaktu dihanyutkan ke sungai Nil bagi mengelakkan dijumpai tentera Firaun yang mengeluarkan arahan membunuh semua bayi lelaki atas nasihat ahli nujum kerana percaya bayi itu suatu masa nanti akan menentang dan menjatuhkan kerajaannya)tidak pun tenggelam walau hanya dihanyutkan atas buaian sahaja dalam keadaan lemah tidak berdaya..sedangkan Maharaja Firaun tenggelam di laut walhal dia di puncak kekuasaan dan kehebatan serta kesamsengannya..

Allah jua Maha Besar..justeru hendaklah kita bertenang dan menyerahkan urusan padaNya...

Kerugian paling besar

 


Di antara kerugian paling besar yang akan menimpa kita sebagai seorang muslim dan mu'min bahawa Allah telah menciptakan syurga terbentang seluas selebar lapisan-lapisan langit dan bumi..namun kita tidak pun berjaya untuk mendapat tempat di dalamnya....

اللهم إنا نسألك الجنة وما يقربنا إليها من قول وفعل وعمل...

Orang-orang Yahudi sengaja bersin

 


Adalah orang-orang Yahudi sengaja bersin di hadapan Rasulullah صلى الله عليه وسلم agar nabi mendoakan rahmat sebagai balasan..kerana mereka sememangnya mengetahui bahawa doa baginda pasti dimakbulkan Allah..maka bayangkan jika anda sebagai muslim berselawat dan baginda akan menjawab selawat tersebut dengan kerahmatan keberkatan dan kesejahteraan(dengan izin Allah) 

Maka penuhilah detik Jumaat malam dan siangnya dengan membanyakkan selawat ke atas baginda nabi....

تقبل الله منكم..

Apa yang kamu tanam pada hari ini

 


Apa yang kamu tanam pada hari ini kamu akan tuai hasilnya keesokan harinya...dan apa yang kamu lemparkan kepada orang akan kembali semula kepada kamu sama dengan apa yang kamu lempar dulu..justeru jika sekiranya kamu melemparkan kepada mereka batu atau jongkong bata..maka janganlah kamu mengharapkan mereka akan mempersembahkan sejambak bunga mawar kepada kamu..jika sekiranya kamu menanam duri maka kamu tidak sekali-kali menuai hasilnya melainkan kelukaan dan kesakitan...dan jika kamu menanam kebaikan maka kamu pasti akan memperoleh balasan dan ganjaran sebaik-baik buah(hasil)..Dunia ini sebenarnya mempunyai satu kanun dan aturan..dinamakan sebagai 'kitaran'..yang mana 'kitaran' ini tidak mampu dilolosi oleh seseorang pun..dan akan tiba suatu masa kelak kamu akan didatangi hasil perbuatan kamu dulu..maka jangan kamu terperanjat nanti kerana itu...

Penyakit Yang Tidak Terlihat..

 

Penyakit Yang Tidak Terlihat..

Ia membunuh kerehatan menghalang kebahagiaan..Ada 4 tanda..berwaspadalah..

Sheikh Dr. Muhammad Ratib an-Nabulsi mengatakan bahawa terdapat penyakit senyap tidak terlihat tergolong di antara penyakit sangat berbahaya.Anda tidak perasan akan tanda-tandanya..anda tidak merasakan apa-apa mengenainya..Namun apabila ia menguasai diri anda maka ia pasti akan mengakibatkan kemudaratan yang amat dahsyat.Penyakit berbahaya yang dimaksudkan ialah 'Merasakan nikmat yang diperoleh hanya satu kebiasaan sekadar lumrah semata-mata '.

Penyakit ini ada 4 situasi untuk dinilai setiap diri kita sama ada ia ada pada diri kita atau pun tidak..

i-situasi 1, anda merasa biasa sahaja akan segala nikmat dari Allah ke atas diri anda..seolah-olah ia bukan dari Allah..anda seakan hilang deria dan rasa bahawa nikmat itu datang dariNya...seolah-olah semua nikmat itu merupakan hak anda dan terhasil dari usaha dan upaya diri anda semata-mata..

ii-situasi 2, anda biasa pulang ke rumah dan ahli keluarga anda..anda dapati mereka semua dalam keadaan baik..dalam situasi yang elok..anda tidak pun memanjatkan puji dan syukur kepada Allah atas segala perkara ini..

iii-situasi 3, anda pergi membeli belah di pasar juga kedai..anda memasukkan segala keperluan dan barangan anda ke dalam troli..anda melangsaikan bayarannya..lalu anda melangkah pulang ke rumah..tanpa anda memuji dan mensyukuri kepada yang memberikan semua itu kepada anda..lantaran segala hal ini telah menjadi kebiasaan dan menjadi satu hak kepada anda di dalam kehidupan..

iv-situasi 4, anda bangkit daripada tidur saban hari..dalam keadaan aman tenteram..kesihatan yang baik..tanpa anda mengadu sebarang rasa sakit..tapi anda tidak pun memuji dan mensyukuri kepada Allah..Awaslah..anda sebenarnya di jurang kebahayaan yang jelas nyata..

- apabila anda merasakan nikmat itu terbiasa..anda makan sedangkan di luar sana masih ramai terlantar kelaparan..atau ada yang punya makanan tapi tidak boleh memakannya..maka oleh itu pujilah Allah dan bersyukurlah sebanyaknya.

- anda memasuki rumah sedangkan Allah ingin menganugerahkan nikmat ke atas diri anda dengan menutup aib anda  dan  menganugerahkan kasih dan sayang dengan kehadiran bonda ayahanda, pasangan hidup juga anak-anak..dengan kesihatan yang baik dan keadaan hidup yang selesa bahagia..maka puji dan syukurilah sebanyaknya kepada Allah..Jangan jadikan hidup anda membuatkan anda menyangka bahawa nikmat itu satu perkara lumrah bahkan hendaklah anda membiasakan dalam hidup anda memuji dan mensyukuri nikmat Allah..Tuhan Yang Maha Agung..

Tiada Yang Baru?

Jika sekiranya ditanya pada diri anda akan keadaan diri anda jangan sekali-kali mengatakan biasa saja..tiada apa yang baru..Sebenarnya anda berada di dalam nikmat yang sangat banyak tidak mampu anda menghitungnya pun..Sesungguhnya Allah sentiasa memperbaharui nikmatNya ke atas diri anda pada hari ini dan pada setiap hari..maka wajiblah anda memuji Allah dan bersyukur padaNya..kerana orang lain berkemungkinan diharamkan segala nikmat yang anda miliki pada saat dan tika ini..

* maka perhatikan betapa ramai manusia dulunya aman sentosa namun sekarang ketakutan..

* betapa ramai manusia dulunya sihat namun sekarang kesakitan..

* betapa ramai manusia dulunya bekerja namun sekarang menganggur..

* betapa ramai manusia dulunya kuat namun sekarang menjadi lemah tidak berdaya..

Sedangkan anda sentiasa diperbaharui nikmat ke atas diri anda...

-Sheikh Dr.Muhammad Ratib an-Nabulsi

Allah Subhanahu Wata"ala boleh saja:......

 


Allah Subhanahu Wata"ala boleh saja:

1- mengampuni dosa dengan taubat hambaNya

2- mengampuni dosa dengan amalan kebaikan yang menghapuskan dosa

3- mengampuni dosa dengan menimpakan musibah (lalu dihadapi dengan sabar dan tenang) yang menjadi kaffarah dosa kesalahan sebelum ini..

4- mengampuni dosa itu dengan istighfar dan permohonan hamba itu agar diampunkan dosanya..


Kitab Jami'al-Masail - Ibnu Taimiyah

- Sheikh Dr. Ahmad Isa al-Ma'asrawi

 


Ahli psikologi berkata bahawa kerunsingan duka lara pada seseorang manusia itu tidak berpunca pada kebiasaannya daripada masalah yang menimpa dan mengenainya..bahkan terbit daripada terlalu memikirkan masalah tersebut..di mana ianya menjadi pemikiran yang negatif..

Namun jika anda bersandarkan kepada Allah dan juga mengetahui  firman Allah yang bermaksud(sesiapa bertawakkal kepada Allah maka DIA(Allah) menjadikan dirinya cukup segalanya)..

Justeru untuk apa terlalu berfikir.. sedangkan DIA yang mengatur urus segala tadbir..?


- Sheikh Dr. Ahmad Isa al-Ma'asrawi -

Wahai anakku..

 


Wahai anakku..


Hari di mana engkau masih kecil baru dilahirkan,aku ingin melihatmu berjalan..dan tika mana engkau mula bertatih berjalan di atas lantai di depanku untuk kali pertama..aku sangat gembira dengan langkahan pertamamu...kerana engkau sememangnya dapat berjalan..

Dan hari ini engkau membesar menjadi dewasa..di hati dan mataku begitu juga membesar kasihku untukmu anakku..engkau mula berjalan  bersama ragam dan rempah ratus dunia seperti orang lain..sesungguhnya aku inginkan dirimu berjalan seiring denganku dan memimpin tanganku agar aku dapat berjalan..

Sesungguhnya aku mula terasa bahawa aku lemah di dalam beberapa ketika pada siang hari untuk berjalan..maka adakah engkau sudi wahai anak datang memimpin tanganku supaya aku dapat mengatur langkahanku dan berjalan..dan apakah engkau merasa gembira dan seronok melihatkan aku berjalan?.. sepertimana aku sangat gembira dan suka cita melihat dirimu mula berjalan ketika engkau kecil dulu..?

Kecintaanku padamu wahai anakku sentiasa bertambah juga rinduku...

Apakah hukum tidur selepas waktu/solat Asar?

 


S 1: Apakah hukum tidur selepas waktu/solat Asar?

J: Harus,tidak ada sesuatu yang dilarang pun. Ada pun yang dikatakan hadis nabi yang bermaksud(Sesiapa yang tidur selepas Asar maka akan hilanglah akalnya dan dia akan pasti mencela dirinya sendiri)..ini adalah dusta tidak sohih.

S2: Kita biasa dengar kata-kata ini di kalangan orang ramai"Sesungguhnya menyapu atau mengemas serta membersihkan rumah pada waktu malam boleh menjemput kefakiran".Adakah ini benar?

J: Tidak benar..ini adalah khurafat.

S3: Adakah benar bahawa mengerjakan solat dalam kegelapan makruh hukumnya?

J: Tidak benar..harus hukumnya mengerjakan solat dalam terang cahaya atau dalam kegelapan

Banyak membaca Quran

 


Banyak membaca Quran mendidik seseorang itu tanpa dia menyedari pun.Lantas meningkat imannya,menjadi tenang hatinya,dia berbahagia dengan kehidupannya, membuatkan dia rasa cukup dengan rezeki yang diperolehnya,menjadi kurang gurau sendanya, juga menjadikan lidahnya fasih berbicara,menjadikan lidahnya tidak berbicara dengan lafaz2 yang tidak layak untuknya berbicara(lafaz2 yang keji),membuatkan dirinya menjauhkan daripada majlis2 yang melalaikan, seterusnya meninggalkan perbuatan tidak baik yang biasa dikerjakan sebelum ini...kerana hati nuraninya telah bercahaya dan bersinar terang...


Sheikh Dr. Ahmad Isa Al-Ma'asrawi

Perpisahan dan Pertemuan

 




Perpisahan dan Pertemuan

Dua kalimah yang terbina dengan bilangan huruf yang sama(dalam bahasa Arab)..setiap satunya mencetuskan ledakan dan golakan dengan kadar yang sama dalam jiwa..namun dalam arah haluan yang kontra dan berbeza..perpisahan kekal mendatangkan penderitaan hinggalah saat pertemuan..dan pertemuan itu kekal mendatangkan keriangan hinggalah saat perpisahan..

..dan setiap orang yang merasai manis detik pertemuan itu pasti tidak akan selamat daripada merasai kepahitan saat perpisahan..justeru di antara dua ini perpisahan dan pertemuan mengandungi dan menyimpan 1001 perasaan dan kenangan..yang kekal tersemat erat di ruh dan jiwa..

Kebahagiaan...

 


Bahawa engkau mencari kebahagiaan bukan bermakna ianya(kebahagiaan) itu sesuatu yang nadir lagi ganjil..dan bahawa engkau tidak pun melihat kebahagiaan itu dengan pandangan mata juga tidak bermaksud ianya sesuatu yang mustahil dicapai..

Kebahagiaan itu mempunyai 1000 pintu bahkan lebih lagi..di sana terdapat 1000 cara untuk engkau membahagiakan dirimu..dan satu kaedahnya untuk  dinasihatkan di sini ialah:   ketahuilah engkau mampu mendatangkan kebahagiaan untuk dirimu dengan engkau mendatangkan kebahagiaan kepada orang lain..dan jangan engkau menyangka bahawa masa yang berlalu untuk engkau membahagiakan orang lain itu hanya memberi kebaikan kepada mereka sahaja..tidak sama sekali bahkan ianya mendatangkan kebaikan untuk dirimu jua.. firman Tuhan bermaksud (" jika kamu melakukan kebaikan (kepada orang lain) sesungguhnya kamu melakukan kebaikan untuk kamu jua sebenarnya")

Maka kebahagiaan hakiki sebenarnya wujud pada ketaatan kepada Allah dan RasulNya..lantas hendaklah engkau mengingati Allah sama ada tika senang mahu pun sukar...

Menyesal Namun Penyesalan Tidak Berguna Pun

 






Menyesal Namun Penyesalan Tidak Berguna Pun


Seorang lelaki duduk bersantai di tepi pantai semalaman sebelum tiba saat fajar menyinsing..lalu dia dapati satu karung plastik dipenuhi anak-anak batu..diambilnya anak batu itu lalu dilemparkan ke laut..dan bunyi percikan anak batu yang mengenai permukaan air membuatkannya terhibur dan asyik..berterusan dia melontarkan anak batu yang ada kerana sangat bahagia dan seronok dengan bunyi percikan air itu sehinggalah cahaya fajar mulai menerangi..dan tinggal hanya satu batu lagi yang belum dilontar...

Dengan bantuan cahaya matahari yang mula menerangi alam..maka lelaki ini baru menyedari bahawa batu yang tersisa itu adalah mutiara berharga...maka sedarlah dia bahawa semua batu yang dilemparkan tadi adalah batu mutiara!!

Menyedari perbuatannya maka menitilah di bibirnya:" Betapa bodohnya aku melontarkan semua batu tadi hanya untuk aku menikmati bunyinya yang mengenai permukaan air..sedangkan ia semua batu mutiara yang sangat bernilai..Demi Allah kalau aku tahu sedari awal ia adalah batu permata sudah pasti aku tidak melakukan hal yang sesia ini.."

Malangnya kita semua adalah lelaki tersebut;

1-Karung mutiara itu( itulah umur kita yang kita lontarkan serta persiakannya sedetik demi sedetik tanpa faedah sekian lama)

2-Bunyi air terpercik( keseronokan dunia yang pasti hilang serta godaan nafsu syahwat)

3-Kegelapan malam( kelupaan yang sentiasa menyelubungi kehidupan kita )

4-Cahaya fajar menyinsing( saat terserlah hakikat..bahawa saat maut hampir tiba tidak ada jalan pulang lagi )

Maka mulai detik ini maka sedarilah semua kita ..jangan dipersiakan setiap saat dan detik kehidupan kita juga batu permata usia kita..kerana penyesalan selewat itu tidak berguna lagi..

Salam Jumaat Mubarakah

PENCURI TERHEBAT ERA KINI

 


PENCURI TERHEBAT ERA KINI

..itulah telefon tangan(hp) kita..memang betul-betul pencuri profesional..mencuri akal fikiran,masa,keupayaan&tenaga,  dan juga perhubungan kita dengan manusia lain..hp ini mencuri saat dan detik bahagia kita,dan menyebabkan kita mensia-siakan usia kita begitu sahaja..begitu juga ia berkemungkinan menjadi sebab kemusnahan dan kebinasaan rumah tangga kita..

Namun yang peliknya kita membawa masuk hp ini ke dalam rumah-rumah kita dan ke dalam kehidupan kita.. walhal ialah yang mencuri segala yang indah yang ada di sisi kita...

Ya Allah kembalikanlah kami semua kepadaMu dalam keadaan yang sebaik-baiknya..

Jangan kamu sembah dan beribadat kepada Allah dengan niat....

 ا تعبدوا الله ليعطي بل اعبدوه ليرضى فإن رضي أدهشكم بعطائه

Jangan kamu sembah dan beribadat kepada Allah dengan niat agar Dia mengurniakan kepadamu sesuatu pemberian..bahkan sembah dan beribadat kepadaNya agar Dia meredhaimu..jika sekiranya Allah telah meredhaimu maka Dia akan membuatkan dirimu terkejut dan kagum dengan segala anugerah dan kurniaan yang diberikan kepadamu...

-Sheikh Mutawalli Sya'rawi

Siapakah Allah itu..?

 


Siapakah Allah itu..?

Dialah yang mana engkau tutup pintu bilikmu untuk melakukan maksiat terhadapNYA..sedangkan DIA yang mengutus udara masuk melalui celahan bawah pintu itu untuk engkau menyedut dan menghembuskan nafas...

Mereka berkata di Negara China mereka.....

 


Mereka berkata di Negara China mereka (non muslim) makan anjing,kucing dan juga kelawar..

Lalu aku berkata:"Kita pula orang Islam makan harta yang diwariskan termasuk juga harta yang menjadi hak anak yatim..lalu kita memakan daging sesama kita..

Maka sedarilah semua semoga dirahmati Allah sekaliannya..

Al-Imam an-Nawawi suatu ketika sedang memberi kuliah

 




Al-Imam an-Nawawi suatu ketika sedang memberi kuliah kepada para anak muridnya..dan tiba pada ayat al-Quran surah al-Hijr ayat 49-50 yang bermaksud"(..beritahulah wahai Muhammad kepada para hambaKu bahawa Akulah tuhan maha pengampun dan maha pengasih..dan azabKu merupakan azab yang maha menyakitkan..)"

..tanpa semena2 maka menangislah Imam Nawawi teresak2...lalu anak2 muridnya bertanya:"..apakah yang membuat tuan Imam menangis..?"

Jawab Imam Nawawi:"..apakah kamu tidak memerhatikan bahawa rahmat dan keampunan Allah itu Allah nisbahkan kepada diriNya sendiri..maka Allah berkata bahawa "(..Akulah tuhan maha pengampun dan maha pengasih)..

sedangkan Allah tidak pernah menisbahkan diriNya dengan azab siksa..sebagaimana Dia berfirman"( bahawa sesungguhnya azab siksaKu maha menyakitkan)"dan tidak menyifatkan bahawa Akulah Tuhan Yang Maha Menyiksakan..bahkan Allah menjadikan azab siksa itu sebagai milikNya sahaja..

..lalu aku teringatkan kata-kata Abdullah bin Abbas yang menyebut bahawa Allah menurunkan segala rahmatNya pada hari Qiamat sehinggakan Iblis sendiri menyangka bahawa Allah akan memberi keampunan kepadanya.."

Wahai Allah kami memohon rahmatMu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengasihi kami dengan kasih sayangMu yang mana kami cukup dengannya daripada sesuatu yang lain selain daripada kasih sayangMu..

Tidak datang lafaz (kebahagiaan) di dalam al-Quran....

 


Tidak datang lafaz (kebahagiaan) di dalam al-Quran melainkan sekali sahaja pada ayat :

( وأما الذين سعدوا ففي الجنة خالدين فيها ) سورة هود 108

" Adapun mereka yang berbahagia itu merekalah yang menghuni syurga mereka kekal selama-lamanya.."

Untuk anda mengetahui menginsafi bahawa KEBAHAGIAAN HAKIKI bukannya di dunia bahkan di akhirat..

- Sheikh Dr.Ahmad Isa al-Ma'asrawi -

Berhentilah berpadalah daripada memetik foto anak-anak



 Berhentilah berpadalah daripada memetik foto anak-anak kamu..keadaan mewah rumah-rumah kamu..dan gaya hidup kamu secara terperinci..kerana mata-mata pendengki lebih banyak daripada mata-mata mereka yang ingin mengingatinya...

Allah telah mentadbir dan menjaga urusan nabi Yusuf

 


Allah telah mentadbir dan menjaga urusan nabi Yusuf,maka Allah telah menggerakkan gerombolan kafilah untuk berhenti mengambil air di telaga semata-mata bagi membolehkan nabi Yusuf terlepas dari telaga tersebut...kemudian Allah telah menjentik hati pembesar Mesir supaya menyayangi anak untuk membeli nabi Yusuf seterusnya mengambilnya sebagai anak angkat...kemudian Allah mengilhamkan mimpi kepada raja Mesir supaya ditafsir bagi membolehkan nabi Yusuf bebas dari penjara....kemudian Allah mendatangkan petaka makanan agar nabi Yusuf diangkat menteri bagi menguruskan perbendaharaan negara...yakinilah apabila Allah mentadbir dan menaungi segala urusan hidupmu..maka DIA pasti menyediakan bagimu asbab dan faktor kebahagiaanmu sedangkan kamu tidak merasakannya...maka serahkanlah urusanmu kepadaNYA nescaya kamu akan berbahagia nanti...

Pandangan Mata Dipandu Nafsu

 


Apabila pandangan mata dipandu dipacu nafsu syahwat maka butalah mata hati daripada akibat dan implikasi buruk yang menanti..

- Al-Imam Sayyiduna Ali B.Abi Talib R.A -

KEPANTASAN MASA AMAT MENGGERUNKAN

 


Letak sahaja kepala kita di atas bantal tanpa disedari cahaya fajar menyinsing tiba..begitu juga apabila sahaja kita bangkit tidur terasa cepat juga rasanya kita untuk tidur semula..Hari-hari berjalan laju tidak pernah berhenti..segala peristiwa saling berlumba terjadi satu demi satu di sekeliling kita..gelora fitnah dan gelombang pancaroba dunia asyik membadai dan melemaskan serta menenggelamkan kita..mereka yang mati setiap hari mendahului kita..meninggalkan kita untuk kita kita menyusul mereka apabila tiba masanya..

Namun mereka yang bahagia dan berakal sebenarnya mereka yang memenuhkan lembaran buku catatannya dengan amalan soleh..dan persoalan-persoalan yang sepatutnya kita berhenti sejenak dan memikirkannya secara serius adalah seperti berikut ; dengan amalan apakah aku memenuhkan buku catatanku?adakah aku berjalan ke hadapan atau aku mengundur ke belakang?bagaimanakah nanti timbangan neracaku pada perhitungan hari mahsyar kelak di sisi Allah?

Berhentilah seketika.. hitungkan semula  nasib untung dirimu..Hari-hari berjalan dengan laju dan tiada yang kekal abadi untukmu melainkan amalanmu yang soleh..Allah berfirman yang bermaksud(..maka hendaklah kamu berlari berlumba menuju keredhaan Allah..sesungguhnya Aku(Allah) memberi peringatan yang jelas lagi terang kepada kamu semua)..kerjakanlah kebaikan..tebarkanlah ucapan salam dan kesejahteraan di antara kamu..jagalah solat kamu..perkukuhkan benteng diri kamu dari hasutan Iblis dan segala kejahatan..sambungkan tali silaturrahim sesama sanak saudara kamu..jagalah hubungan dengan mereka yang mengasihi dirimu..berbaktilah kepada kedua ibubapamu..lemparkan senyuman manismu kepada manusia sekitarmu..bacalah Quran saban harimu..perbanyakkan amalan sedekah..berilah tumpuan mendidik anak-anakmu ke arah kebenaran dan kebaikan..perhaluskan pendapatanmu..bagaimana ianya diperoleh dan bagaimana pula ianya dibelanjakan..bertasbihlah beristighfarlah sebanyaknya..lakukanlah puasa sunat sentiasa..perbanyakkan berselawat ke atas junjungan nabi SAW..

Demi Allah tiada tuhan lain selainNya..tidak pun sekali-kali memberi manfaat kepadamu bukan hartamu..bukan pangkatmu..bukan namamu..bukan kedudukanmu..bukan keturunanmu..bukan kekuatanmu..bukan kecerdikanmu..(tidak akan memberi manfaat kepadamu nanti melainkan amalan solehmu)

Disebutkan dalam cerita sahabat dan para solihin serta para wali bahawa Allah berkata" Di saat kematian seseorang manusia..semua hambaKu yang hidup pulang meninggalkan kamu wahai si mati..mereka menanam tubuhmu di dalam tanah..jika sekiranya mereka kekal menunggu bersamamu di kuburmu tidak berguna walau sedikit pun..tiada jua yang kekal melainkan AKU..AKU jualah sahaja yang hidup tidak akan sekali-kali mati)

(Justeru pastikan hati-hati kamu wahai hamba Allah sentiasa berhubungkait dengan akhirat..kerana dunia ini tidak akan kekal selamanya untuk sesiapa pun..)

- Sheikh Muhammad Ratib An-Nabulsi -

Ini situasi kelak berlaku di akhirat..

  Jika anda tidak sudi memaafkan kesalahan seseorang yang bersalah kepada anda masa hidup di dunia dulu..anda boleh mengambil pahala kebaika...