Sunday, 6 December 2020

Penyakit Yang Tidak Terlihat..

 

Penyakit Yang Tidak Terlihat..

Ia membunuh kerehatan menghalang kebahagiaan..Ada 4 tanda..berwaspadalah..

Sheikh Dr. Muhammad Ratib an-Nabulsi mengatakan bahawa terdapat penyakit senyap tidak terlihat tergolong di antara penyakit sangat berbahaya.Anda tidak perasan akan tanda-tandanya..anda tidak merasakan apa-apa mengenainya..Namun apabila ia menguasai diri anda maka ia pasti akan mengakibatkan kemudaratan yang amat dahsyat.Penyakit berbahaya yang dimaksudkan ialah 'Merasakan nikmat yang diperoleh hanya satu kebiasaan sekadar lumrah semata-mata '.

Penyakit ini ada 4 situasi untuk dinilai setiap diri kita sama ada ia ada pada diri kita atau pun tidak..

i-situasi 1, anda merasa biasa sahaja akan segala nikmat dari Allah ke atas diri anda..seolah-olah ia bukan dari Allah..anda seakan hilang deria dan rasa bahawa nikmat itu datang dariNya...seolah-olah semua nikmat itu merupakan hak anda dan terhasil dari usaha dan upaya diri anda semata-mata..

ii-situasi 2, anda biasa pulang ke rumah dan ahli keluarga anda..anda dapati mereka semua dalam keadaan baik..dalam situasi yang elok..anda tidak pun memanjatkan puji dan syukur kepada Allah atas segala perkara ini..

iii-situasi 3, anda pergi membeli belah di pasar juga kedai..anda memasukkan segala keperluan dan barangan anda ke dalam troli..anda melangsaikan bayarannya..lalu anda melangkah pulang ke rumah..tanpa anda memuji dan mensyukuri kepada yang memberikan semua itu kepada anda..lantaran segala hal ini telah menjadi kebiasaan dan menjadi satu hak kepada anda di dalam kehidupan..

iv-situasi 4, anda bangkit daripada tidur saban hari..dalam keadaan aman tenteram..kesihatan yang baik..tanpa anda mengadu sebarang rasa sakit..tapi anda tidak pun memuji dan mensyukuri kepada Allah..Awaslah..anda sebenarnya di jurang kebahayaan yang jelas nyata..

- apabila anda merasakan nikmat itu terbiasa..anda makan sedangkan di luar sana masih ramai terlantar kelaparan..atau ada yang punya makanan tapi tidak boleh memakannya..maka oleh itu pujilah Allah dan bersyukurlah sebanyaknya.

- anda memasuki rumah sedangkan Allah ingin menganugerahkan nikmat ke atas diri anda dengan menutup aib anda  dan  menganugerahkan kasih dan sayang dengan kehadiran bonda ayahanda, pasangan hidup juga anak-anak..dengan kesihatan yang baik dan keadaan hidup yang selesa bahagia..maka puji dan syukurilah sebanyaknya kepada Allah..Jangan jadikan hidup anda membuatkan anda menyangka bahawa nikmat itu satu perkara lumrah bahkan hendaklah anda membiasakan dalam hidup anda memuji dan mensyukuri nikmat Allah..Tuhan Yang Maha Agung..

Tiada Yang Baru?

Jika sekiranya ditanya pada diri anda akan keadaan diri anda jangan sekali-kali mengatakan biasa saja..tiada apa yang baru..Sebenarnya anda berada di dalam nikmat yang sangat banyak tidak mampu anda menghitungnya pun..Sesungguhnya Allah sentiasa memperbaharui nikmatNya ke atas diri anda pada hari ini dan pada setiap hari..maka wajiblah anda memuji Allah dan bersyukur padaNya..kerana orang lain berkemungkinan diharamkan segala nikmat yang anda miliki pada saat dan tika ini..

* maka perhatikan betapa ramai manusia dulunya aman sentosa namun sekarang ketakutan..

* betapa ramai manusia dulunya sihat namun sekarang kesakitan..

* betapa ramai manusia dulunya bekerja namun sekarang menganggur..

* betapa ramai manusia dulunya kuat namun sekarang menjadi lemah tidak berdaya..

Sedangkan anda sentiasa diperbaharui nikmat ke atas diri anda...

-Sheikh Dr.Muhammad Ratib an-Nabulsi

No comments:

Post a Comment

Ini situasi kelak berlaku di akhirat..

  Jika anda tidak sudi memaafkan kesalahan seseorang yang bersalah kepada anda masa hidup di dunia dulu..anda boleh mengambil pahala kebaika...