Sunday, 6 December 2020

Kuasa Doa Yang Ikhlas

 

Kuasa Doa Yang Ikhlas

Setelah Islam menebarkan sayap kekuasaannya di Makkah selepas peristiwa Pembukaan Kota Makkah, suatu masa Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah menyenaraikan 4 nama yang mana jika ditemui orang muslim dihalalkan darah mereka lantaran kedahsyatan perseteruan dan penentangan mereka terhadap Islam dan para muslimin..hatta kalau pun mereka menyorok di sebalik kelambu Ka'bah.Di antara mereka seorang bernama Ikrimah bin Abu Jahal...ye anak kepada Abu Jahal yang telah pun dibunuh dalam peperangan sebelum ini.

Menyedari namanya tersenarai di antara yang halal darahnya..Ikrimah ketakutan dan berusaha melarikan diri dengan menaiki sebuah kapal untuk belayar jauh daripada Nabi dan orang muslimin.Beliau sangat sedar dan faham ketaatan orang muslim terhadap setiap lafaz dan patah perkataan yang keluar daripada mulut nabi. Semasa pelayaran takdir Allah datang ribut kencang disusuli ombak bergelombang..maka semua penumpang kapal ketakutan termasuk Ikrimah..masing-masing berdoa.Ikrimah yang masih kafir musyrik juga berdoa kepada Allah dan berjanji jika dia dan kapal selamat dari bencana karam dan lemas di laut dia akan meletakkan tangannya ke atas tangan Nabi berbai'ah berjanji setia kepada baginda untuk memeluk Islam.Maka dengan takdir Allah jua ribut berhenti dan kapal selamat..lalu Ikrimah menghala ke Madinah mencari nabi dan melaksanakan janjinya kepada Allah.Maka dia dengan penuh keikhlasan melafazkan syahadah dan muncul selepas itu sebagai pembela Islam menjadi pelindung Islam mengharungi siri peperangan sebagai di antara panglima tentera muslimin terbilang.

Apa yang ingin difokus dikupas di sini bahawa kuasa keikhlasan doa..hatta walaupun daripada mereka yang kafir musyrik pun Allah kabulkan...apatah lagi kita sebagai mereka yang dari lahir sebagai ibadullah...kenapa kita memandang sepi hal ini..kenapa kita tidak mengambil peluang untuk memanjatkan doa kepada Allah dengan penuh keikhlasan...walhal doa ini sebenarnya senjata ampuh umat Islam digeruni musuh dan petualang...

Kita tanyakan diri masing-masing sebanyak manakah air mata kita tumpah semata-mata kerana kita berdoa kepada Allah..dibandingkan dengan deraian air mata yang tumpah dek filem-filem rekaan manusia..

Semasa musim kita dilanda pandemik covid 19 ini..sama-samalah kita menadah tangan kepada Allah memohon perlindunganNya terus..jangan 'diswastakan' doa ini..doa ini bukan ekslusif kepada para lebai..para imam para ustaz..doa adalah sesuatu yang kita semua boleh lakukan..dan Allah sangat suka mereka yang sentiasa meminta-minta dariNya...

Moga dengan kejituan doa kita semua dengan keikhlasan dan ketulusan hati kita..di samping kepatuhan kepada setiap SOP dan peraturan diwujudkan kerajaan dan pihak penguasa..moga-moga covid 19 segera berlalu pergi...in sya Allah..

No comments:

Post a Comment

Ini situasi kelak berlaku di akhirat..

  Jika anda tidak sudi memaafkan kesalahan seseorang yang bersalah kepada anda masa hidup di dunia dulu..anda boleh mengambil pahala kebaika...